Setiap anak ada potensi yang baik
Bantu Anak Anda tingkatkan Pencapaian dengan kelas 1 to 1 yang dirancang khusus untuk dirinya
Bantu Anak Anda tingkatkan Pencapaian dengan kelas 1 to 1 yang dirancang khusus untuk dirinya
Seperti shoutout kami iaitu “Syoknya Belajar!”. Objektif kami ialah memberikan peluang kepada setiap anak merasai pengalaman yang menyenangkan semasa menjalani pembelajaran akademik melalui sistem sokongan secara 1 to 1. Rasa kurang percaya akan semakin terhakis dan diganti dengan rasa yakin apabila anak sedar yang setiap kelemahan itu boleh diperkuatkan dengan sokongan dan bimbingan yang betul. Anak yang sudah sedia yakin dengan kemampuan akademiknya pula akan bertambah yakin dan terus menuju kecemerlangan. Kami mahu menjadi sebahagian dari sistem sokongan itu! Keinginan kami itu juga kami terjemahkan dalam perkongsian di akaun media sosial kami.
5 tahun dan 6 tahun
Bimbingan bagi anak-anak 5 tahun dan 6 tahun termasuk mengenal huruf, membaca dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Juga untuk mengira matematik. Pilihan subjek dan topik boleh dibincangkan mengikut keperluan pelajar.
tahun 1 sehingga tahun 6
Bimbingan bagi anak-anak sekolah rendah termasuk membaca dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains. Pilihan subjek dan topik boleh dibincangkan mengikut keperluan pelajar.
ting 1 sehingga ting 5
Bimbingan bagi anak-anak sekolah menengah termasuk bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains serta topik dari pembelajaran sekolah rendah. Pilihan bagi subjek dan topik boleh dibincangkan mengikut keperluan pelajar.
Menyedari amanah yang diberikan, maka kami telah membina cara pemilihan tenaga pengajar yang berstruktur agar impak pembelajaran terhasil.
Kami percaya bahawa sistem yang terancang dan teratur mampu memberi kesan yang baik kepada perkhidmatan yang diberikan kepada para pelanggan kami.
Kami menitikberatkan kualiti dan hasil yang dapat dirasai oleh para pelajar dan para pelanggan kami. Pemantauan berkala dibuat agar usaha serta penambahbaikan berterusan terhadap servis kami dapat terus dilakukan.
Pengalaman lebih 8 tahun dalam menguruskan kelas 1 to 1 membuatkan kami mempunyai banyak pengetahuan berkenaan membantu pelajar. Kami juga amat faham akan harapan serta impian para ibubapa dan penjaga.
“Very patient with student, punctual, came early and spend extra time on student. Wear mask and follow MKN SOP. Review student’s actual school exam papers and guide them to read, and explain the passage.”
“Sesi pembelajaran yang selesa, mudah difahami dan ceria, pandai tarik perhatian pelajar tika hilang semangat dan mood bosan, jika ada sebarang kemuskilan, senang untuk berkomunikasi secara terbuka antara cikgu,murid dan maknya”
“Punctual, reliable, passionate about helping my son to improve his mathematics, excellent communication skills and knowledgeable.”
Kami tak sabar untuk bantu anak anda untuk merasai pengalaman yang mengembirakan didalam pembelajaran!
Kiraan yuran ialah mengikut jam dan mengikut peringkat umur. Bagi mendapatkan kiraan yuran yang lengkap, hubungi kami. Klik sini.
Tiada ikatan kontrak untuk kelas Syoknya Home Tuition.
Tutor kami mestilah memiliki sekurang-kurangmya ijazah sarjana muda. Tutor kami ada yang cikgu sekolah dan ada yang bukan cikgu sekolah. Antara kriteria utama kami dalam pemilihan tutor ialah boleh memberi komitmen yang baik terhadap pelajar yang dipertanggungjawabkan. Apa sahaja latar belakang tidak akan diambil kira untuk diserap sebagai tutor kami sekiranya komitmen tidak dapat diberikan.
Tidak. Di Syoknya Home Tuition ada person in-charge yang akan membuat pemilihan tutor untuk pelajar berdasarkan hasil perbincangan dengan ibubapa. Pemilihan tutor berdasarkan profile sahaja cenderung untuk berlaku salah faham dan isu lain.
Durasi minimum ialah 1jam bagi setiap kelas dan maksimum 2jam bagi setiap kelas. Durasi ini dibincangkan bersama ibubapa bagi mendapat tempoh masa belajar yang sesuai dengan anak.
Pembayaran yuran dibuat selepas habis sesi kelas selama sebulan dan selepas menerima invois dari pihak Syoknya Home Tuition pada 1hb atau 2hb setiap bulan.
Tiada sesi percubaan. Walaubagaimanpun, keserasian antara tutor dan pelajar menjadi perkara utama untuk kami. Sekiranya keserasian antara tutor dan pelajar kurang baik, ibubapa boleh meminta untuk pertukaran tutor dilakukan tanpa perlu berurusan dengan tutor tersebut.
Durasi sesi pembelajaran dan bilangan sesi pembelajaran dalam sebulan sudah ditetapkan semasa sesi pendaftaran lagi. Dengan penetapan ini, tutor mampu untuk merancang pembelajaran anak anda dengan baik dan tersusun. Sekiranya ada kekangan bagi menjalankan kelas, proses penjadualan semula kelas boleh dijalankan atau kelas secara online juga boleh menjadi alternatif yang baik dengan persetujuan dari tutor, pelajar, ibubapa dan person in-charge.
